Hikmah Makanan Halal
Wednesday, 24 April 2013Allah memerintahkan umat Islam supaya makan makanan yang halal lagi baik kerana banyak hikmah tersendiri di sebalik perintah tersebut. Makanan merupakan ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi manusia. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin terhadap pemilihan makanan halal, suci dan bersih dalam pemakanan sehariannya pasti akan lahir dalam dirinya keimanan dan nur yang dapat memandu jiwanya ke arah ketaqwaan dan peningkatan ibadahnya kepada Allah S.W.T.
Antara hikmah-hikmah memakan
makanan halal ialah:
1. Menjamin Kesihatan Badan
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud, "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka
api nerakalah yang layak baginya." (riwayat At-Tarmizi). Justeru, di
samping kita memilih makanan yang berzat dan berkhasiat adalah lebih penting
lagi pada masa yang sama, kita juga hendaklah perlu memastikan makanan tersebut
dijamin bersih dan suci mengikut hukum
syarak. Ini bertujuan memastikan makanan itu tidak memudaratkan manusia
itu sendiri.
Rahsia di sebalik pengharaman
atau larangan Allah dalam al-Quran terhadap makanan-makanan yang jelas haram
dimakan juga telah berjaya dibongkar melalui kajian sains para saintis masa
kini. Misalnya, Allah telah mengharamkan daging babi kerana kajian sains
membuktikan bahawa terdapat Cacing Pita dan Virus JE (Japanese Encephalitis) di
dalam daging babi. Kedua-duanya dikatakan sukar untuk dibunuh.
Dalam kajian yang lain juga
saintis membuktikan bahawa daging babi mengandungi kuman dan virus yang amat
berbahaya kepada manusia. Kajian ini juga mendapati pada kerongkong haiwan
tersebut terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman dan virus
ini kepada bentuk yang lebih berbahaya
kepada manusia.
2. Memelihara Kewarasan Akal
Makanan yang haram sama ada
daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak
halal akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakanannya.
Pertama, makanan itu akan
mempengaruhi jiwa pemakanannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan
maksiat serta benci kepada kerja-kerja kebajikan dan ketaatan. Kedua, doanya
tidak akan dimakbulkan oleh Allah Taala dan yang terakhir , dia akan mendapat
keseksaan di neraka Allah pada hari kiamat nanti.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah :173
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah.
3. Menjamin Maruah Diri.
Pasti akan lahir dalam diri
manusia keimanan dan Nur yang dapat memandu jiwa manusia kea rah ketakwaan dan peningkatan ibadahnya
kepada Allah. Pemilihan makanan yang bersih dan halal menjadi keutamaan dalam
ajaran Islam.
Di antara sebab umat Islam perlu memilih
makanan halal ialah kerana ia akan menjamin maruah agama supaya diakui yang
terbaik dari ugama lain. Umat Islam juga akan dihormati kerana mengikuti
peraturan syarak setiap masa dan umat Islam tidak mudah dirosakkan atau
dipengaruhi.
4. Supaya Ibadah Mudah Diterima
Allah
Pemilihan makanan yang halal akan
menjamin kesejahteraan hidup seseorang didunia dan diakhirat. Doa yang dipohon
daripada Allah SWT juga akan dimakbulkan.
Oleh itu Islam mensyariatkan
hukum halal dan haramnya dalam setiap
aspek kehidupan umatnya. Setiap orang Islam wajib memelihara dan peka terhadap
perkara yang halal dalam memilih
pemakanannya supaya tidak termasuk bahan yang haram yang akhirnya menjadi darah
daging.
Bagi daging yang tumbuh daripada sumber yang
haram, maka api nerka bahan pembakarnya. Ini jelas daripada sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:" Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram
(yang hilang berkatnya), maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu."
(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)
5. Dapat Membina dan Membentuk Peribadi Mulia
Dengan memakan makanan dan
minuman yang halal dan tayyibah dapat membentuk serta memberi kesan yang besar
terhadap keperibadian dan perwatakan
seseorang. Jika didalam tubuh badan manusia itu mengalir benda-benda
yang baik dan suci maka tidak mustahil akan lahirlah akhlak dan peribadi yang
mulia dari manusia tersebut.
0 comments:
Post a Comment