Makanan yang diharamkan

Friday, 26 April 2013


MAKANAN YANG DI HARAMKAN
> 2 jenis makanan yang diharamkan :
* Haram kerana zatnya
* Makanan tersebut sememangnya diharamkan
* Contoh : bangkai, darah, babi, arak dan lain-lain

* Haram yang tiada kaitan dengan zatnya
* Makanan tersebut asalnya halal tetapi menjadi haram kerana sebab tertentu yang tiada kaitan dengan zat dan jenisnya.
* Contoh : makanan hasil mencuri, hasil upah penzinaan, makanan yang digunakan dalam upacara tertentu seperti pemujaan, dan lain-lain

Ciri-ciri makanan haram (kerana zatnya):
* Bangkai
* Haiwan yang mati tanpa penyembelihan yang syarie dan juga bukan hasil perburuan kecuali ikan dan belalang.
* Jenis-jenis bangkai seperti berikut :
1. Al-Munhaniqoh :haiwan yang mati kerana tercekik.
2. Al-Mauqudzah : haiwan yang mati kerana terkena pukulan keras.
3. Al-Mutaroddiyah : haiwan yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi.
4. An-Nathihah : haiwan yang mati kerana ditanduk oleh haiwan lain.
5. Haiwan yang mati kerana dimangsa oleh binatang buas.
6. Semua haiwan yang mati tanpa penyembelihan.
7. Semua haiwan yang disembelih dengan sengaja tidak membaca basmalah.
8. Semua haiwan yang disembelih untuk selain Allah walaupun dengan membaca basmalah.
9. Semua bahagian tubuh haiwan yang terpotong/terpisah dari tubuhnya.

* Darah
* Darah yang mengalir adalah haram dimakan.
* Darah yang dikecualikan dari pengharaman : hati, limpa dan sisa darah yang menempel pada daging atau leher setelah disembelih

* Daging babi
* Semua jenis babi , anggota dan keturunannya adalah haram

* Khamar (arak)
* Semua jenis makanan dan minuman yang memabukkan adalah haram

* Semua haiwan buas yang bertaring
* Contoh : harimau, singa, dll

* Burung yang berkuku tajam
* Contoh : helang, dll

* Al-Jallalah
* Haiwan yang berkaki empat atau dua yang makanan asasnya adalah najis atau kotoran-kotoran seperti kotoran manusia atau haiwan atau sejenisnya.

* Khimar ahliyyah (keldai jinak)

* Haiwan yang diperintahkan agama supaya dibunuh
* Contoh : Ular, tikus, anjing hitam, cicak, dll

* Haiwan yang dilarang untuk dibunuh
* Contoh : Semut, lebah, burung hud-hud, burung surad, dll

* Haiwan yang hidup dua alam
* Menurut mazhab syafi’i haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) adalah haram dimakan

p/s : untuk kepastian dan dalil berkaitan makanan haram, sila rujuk individu yang lebih arif.

0 comments:

Post a Comment