Konsep Hukum
Tuesday, 23 April 2013Terdapat beberapa konsep yang boleh dibincangkan dalam tajuk Makanan halal dan haram mengikut Tamadun Islam iaitu :
1) HALAL
- Halal dalam perkataan arab حلال yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan.
- Contohnya , bagi menentukan sama ada daging yang hendak dimakan dikira halal atau tidak, binatang berkenaan mestilah telah disembelih dengan nama Allah.
- Haram juga berasal daripada perkataan arab iaitu حرم yang membawa maksud dilarang dengan larangan yang jazim (yang pasti)
- Contohnya,memakan bangkai, adalah haram hukumnya berdasarkan dalil naqli yang Allah telah turunkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 173.
- Makruh berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu كره yang membawa maksud benci atau tidak suka. ditakrifkan di sini ialah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah atau digalakkan untuk memakannya.
- Syubhah berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu شبهة yang bermaksud kesamaran atau ragu-ragu. Dalam konteks makanan pula, ia bermaksud berlaku kesamaran sama ada sesuatu makanan itu halal atau haram.
- Rasulullah telah bersabda berkenaan perkara syubhah iaitu supaya menjauhkan atau mengelakkan dirinya daripada perkara yang syubhah.
0 comments:
Post a Comment